twitter
rss

Contoh Keterangan /Ayat Yang Dipadankan Dengan Nilai Murni


CONTOH PENGGUNAAN NILAI MURNI DALAM PENULISAN

Lihat nilai murni yang terdapat dalam ayat di bawah. Kemudian lihat ayat yang dibina daripada nilai murni tersebut .

1. Pada waktu rehat, kami beratur untuk membeli makanan di kantin.
Nilai Murni: mematuhi peraturan.
Ayat: Kita mestilah mematuhi peraturan walaupun di mana-mana.

2. Pengawas sibuk menjalankan tugas masing masing.
Nilai Murni: bertanggungjawab
Ayat: Kita sepatutnya melaksanakan tugas yang diberikan dengan rasa tanggungjawab.

3. Seorang pengawas lelaki yang kebetulan berada di situ mendekati budak itu.“Mengapakah adik menangis? “ tanya pengawas itu.
Nilai Murni: perihatin
Ayat: Kita seharusnya perihatin dengan keadaan dan masalah yang berlaku di sekeliling kita.

4. “ Makanan saya terjatuh ke lantai. Seorang murid telah terlanggar saya. Saya sangat lapardan saya tidak ada duit lagi untuk membeli untuk membeli makanan,“ jawab budak itu sambil menangis.
Nilai Murni: berterus-terang.
Ayat: Kita dikehendaki berterus-terang tentang masalah yang dihadapi agar pihak-pihak berwajib dapat menghulurkan bantuan.

5. “Abang ada duit. Abang akan membelikan makanan dan minuman untuk kamu. Mari ikut abang. “ kata pengawas itu.
Nilai Murni: memberi pertolongan.
Ayat: Kita sewajarnya memberi pertolongan kepada orang yang memerlukan.

3 comments:

  1. wow thanks for the tips!!!!

  1. awesome

  1. thanks for the tips

Post a comment