twitter
rss

Kita sering terkeliru bilakah kata sendi nama "dari" dan "daripada" sesuai digunakan. Saya paparkan sedikit info mengenainya.

Secara mudahnya,kata sendi nama
"dari" digunakan untuk menyatakan tempat,masa dan arah.

Anda boleh juga menggunakan formula ATM (A=arah)(T=tempat)(M=masa)

Contoh penggunaan kata sendi nama
dari:

1. Cikgu Ahmad Rafie berasal
dari Bukit Merah, sebuah lokasi yang terkenal dengan industri ikan arowana. - (Tempat)

2.
Dari pagi tadi lagi ibu masih belum menjamah walaupun sesuap nasi. - (Masa)

3.
Dari situ menuju ke sini mengambil masa lebih kurang lima belas minit. - (Arah)

Kata sendi nama
'daripada' pula digunakan untuk menyatakan orang,perbandingan dan asal kejadian.

Contoh penggunaan kata sendi nama
"daripada":

1. Kasut itu diperbuat
daripada campuran getah dan plastik. - (asal-usul)

2. Muhammad menerima kiriman baju raya
daripada tunangnya, Erma. - (orang)

3. Walaupun badannya kecil, Hasif mempunyai pemikiran yang lebih matang daripada kakaknya, Zaleha. - (Perbandingan)

0 comments:

Post a Comment