twitter
rss

Penulisan Bahagian C (1)
Tuliskan beberapa nilai/ pengajaran yang boleh kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang karangan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.

Klinik 1

Pada pagi itu Kamal tergopah-gapah untuk ke sekolah kerana terlewat bangun. Oleh itu dia tidak sempat bersarapan. Selepas bersalam dengan ibu, dia terus berjalan kaki menuju ke rumah Kumar yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Mereka telah bercadang untuk pergi bermandi di sungai. Oleh itu mereka telah menuju ke sebatang sungai yang terletak jauh dari rumah mereka. Mereka menukar pakaian lalu bermandi di sungai itu. Setelah puas bermandi, mereka berasa lapar. Dengan itu mereka mencuri buah rambutan di sebuah dusun buah-buahan yang berhampiran dengan sungai itu. Apabila sampai waktu tengahari, Kamal dan Kumar pulang ke rumah bersama kawan-kawan lain yang balik dari sekolah.



Pengajaran

1. Kita tidak boleh menipu ibu bapa.
2. Ponteng sekolah akan merugikan diri sendiri
3. Jangan melakukan kerja yang tidak berfaedah.
4. Tertinggal dalam pelajaran akan merugikan kita.
5. Jangan mencuri harta benda orang.
6. Masa depan akan menjadi gelap jika tertinggal dalam pelajaran.


Contoh jawapan

Sebagai seorang murid yang bertanggungjawab mestilah bangun awal untuk pergi ke sekolah. Menipu ibu bapa adalah perbuatan yang tidak baik. Jika ponteng sekolah kita akan tertinggal dalam pelajaran. Masa depan kita akan menjadi gelap jika kita tidak mementingkan pelajaran. Mencuri harta benda orang lain adalah amalan yang tidak baik. Perbuatan sedemikian akan mencemarkan nama baik keluarga.


KLINIK 2

TEMA : KELUARGA

Esok Hari Raya Aidil Fitri akan menjelang. Aku sekeluarga sibuk melakukan persiapan akhir untuk menyambut kedatangannya. Sejak pagi lagi, ibu tidak menang tangan menyediakan pelbagai juadah. Aku dan kakak turut membantu ibu di dapur. Kali ini ib memasak ketupat, rendang daging, gulai ayam dan kuah kacang. Ibu turut menyediakan makanan kegemaranku iaitu lontong.

Di belakang rumah ayah dan abang sedang sibuk mengacau dodol. Tahun ini merupakan tahun kedua kami menyediakan dodol sebagai juadah hari raya. Adik-adikku pula bersorak riang sambil bermain bunga api di halaman rumah.

“Baik-baik bermain bunga api itu!” jerit ibu yang turut menjenguk keluar tingkap. Dalam kesibukan di dapur, ibu tetap bimbang akan keselamatan ketiga-tiga orang adikku itu. Selepas membantu ibu akau beralih ke ruang tamu pula. Aku menyusun kad-kad ucapan hari raya yang telah diterima daripada sanak-saudara dan rakan-taulan yang kusayangi Kad-kad itu aku gantungkan pada ranting pokok yang diletakkan di dalam pasu bunga.

Aku tidak sabar menanti hari esok kerana selepas menunaikan solat hari raya kami sekeluarga akan bertolak pulang ke kampung ayah. Aku mula merasakan keseronokan berhari raya bersama dengan sanak saudara di kampung.


Contoh jawapan

Sikap suka membantu keluarga yang merupakan sikap yang terpuji. Ini kerana dengan bantu-membantu dapat meringankan beban keluarga dan seterusnya menambah kasih-sayang. Selain itu akiviti bergotong-royong dalam keluarga juga baik, memandangkan banyak kerja dapat disiapkan dengan segera. Bermain bunga api pula, boleh mendatangkan kecederaan dan merupakan satu kesalahan. Menghantar kad-kad ucapan hari raya dapat mengeratkan tali silaturahim dan kasih sayang selain kad-kad yang diterima dapat menghias rumah dengan cantik. .Berziarah merupaka amalan yang baik kerana dapat mengeratkan hubungan sanak-saudara yang jauh.


KLINIK 3

Pada hari minggu, keluarga Faridah sibuk dengan aktiviti masing-masing. Ibubapanya menghadiri satu majlis perkahwinan. Mereka berpesan kepada Faridah agar menjaga adik-adiknya yang seramai tiga orang di rumah. Di rumah, Faridah terpaksa mengemas rumah, memasak, menyiram pokok bunga, memandikan adik-adik dan memberi mereka makan. Faridah melakukan semua pekerjaan itu dengan penuh rasa tanggungjawab. Adik-adiknya sangat patuh kepada arahan kakak mereka. Ketiga-tiga adik Faridah juga rajin menolong meringankan beban Faridah. Faridah mengucapkan terima kasih kepada adik-adiknya kerana sudi meringankan tanggungjawabnya pada hari itu. Dia bersyukur kerana dikurniakan dengan ibubapa yang baik dan adik-adik yang ringan tulang.

JAWAPAN

1. Menurut/ patuh arahan ibu bapa.
2. Rajin membantu dan ringan tulang
3. Pandai menguruskan rumah
4. Bertanggungjawab terhadap semua pekerjaan yang diamanahkan.
5. Budaya mengucapkan terima kasih.
6. Bersyukur.

KLINIK 4

Izzat seorang anak yang baik. Dia sentiasa mendengar kata ibu bapanya. Dia juga tidak pernah meninggikan suara apabila bercakap dengan orang tuanya. Adam, adiknya pula suka bergaduh dengan Ali, jiran mereka. Izzat selalu memberi nasihat kepada Adam supaya jangan berbuat demikian. Selain itu, Izzat juga sering menegur sikap Adam yang selalu terlupa membasuh tangan sebelum makan dan suka membeli makanan dan minuman di warong yang kotor. Sikap Adam yang menggemari makanan manis, berminyak dan tidak berkhasiat juga tidak disenangi oleh Izzat. Dia selalu mengingatkan adik kesayangannya itu supaya mengamalkan pemakanan yang seimbang.

JAWAPAN

1. Menghormati ibu bapa/ orang lain
2. Menghormati orang lain/ kawan-kawan.
3. Kasih saying – memberi nasihat / teguran
4. Menjaga kebersihan – makanan
5. Menjaga kesihatan – dengan makan makanan seimbang/ berkhasiat

KLINIK 5

Tema : Murid yang bersikap negative

Jamil murid Tahun 4 Hijau. Setiap hari dia datang ke sekolah dengan pakaian yang kotor dan tidak kemas. Setiap hari dia sampai ke sekolah setelah loceng berbunyi. Apabila ditegur oleh guru kelas, dia asyik memberi pelbagai alasan. Semasa guru-guru mengajar, dia tidak menumpukan perhatian malah mengganggu murid-murid yang lain. Latihan yang diberi oleh guru tidak disiapkan. Murid-murid dalam kelasnya selalu mengadu barang-barang mereka hilang. Apabila disiasat, Jamil tidak pernah mengakui bahawa dia yang melakukannya. Dia juga berani melawan guru. Walaupun beberapa kali telah didenda oleh guru disiplin. Murid-murid dalam kelasnya tidak suka berkawan dengannya. Mereka takut pada Jamil.

JAWAPAN

1. Kita perlu menepati masa
2. Mesti memberi tumpuan terhadap pelajaran
3. Tidak mengganggu dan membenci orang lain
4. Mesti bersikap jujur dan amanah
5. Mesti menghormati guru

KLINIK 6

Ibu menyuruh Melati ke kedai Pak Naim untu membeli tepung dan gula. Dengan marah Melati menunggang basikal ke kedai Pak Naim. Dia menunggang basikal sambil melepaskan sebelah tangan. Setibanya di kedai, dia pun membeli tepung dan gula. Dia juga membeli gula-gula dan aiskrim. Selepas dia habis makan aiskrim dan gula-gula, dia pun terus menunggang basikal ke rumahnya. Dalam perjalanan ke rumah, dia singgah sebentar di tepi sungai yang berhampiran lalu bermain-main selama beberapa jam.Kemudian,barulah dia pulang ke rumah. Sesampai di rumah dia menyerahkan tepung dan gula kepada ibunya. Wang bakinya tidak dipulangkan. Apabila ibu bertanya akan wang bakinya, dia memberikan alasan wangnya hilang lalu lari ke rumah jirannya semula.

JAWAPAN

1. Menghormati ibu
2. Berhati-hati / mementingkan keselamatan
3. Menghargai masa
4. Perlu jujur dan amanah
5. Bercakap benar /

Kita sering terkeliru bilakah kata sendi nama "dari" dan "daripada" sesuai digunakan. Saya paparkan sedikit info mengenainya.

Secara mudahnya,kata sendi nama
"dari" digunakan untuk menyatakan tempat,masa dan arah.

Anda boleh juga menggunakan formula ATM (A=arah)(T=tempat)(M=masa)

Contoh penggunaan kata sendi nama
dari:

1. Cikgu Ahmad Rafie berasal
dari Bukit Merah, sebuah lokasi yang terkenal dengan industri ikan arowana. - (Tempat)

2.
Dari pagi tadi lagi ibu masih belum menjamah walaupun sesuap nasi. - (Masa)

3.
Dari situ menuju ke sini mengambil masa lebih kurang lima belas minit. - (Arah)

Kata sendi nama
'daripada' pula digunakan untuk menyatakan orang,perbandingan dan asal kejadian.

Contoh penggunaan kata sendi nama
"daripada":

1. Kasut itu diperbuat
daripada campuran getah dan plastik. - (asal-usul)

2. Muhammad menerima kiriman baju raya
daripada tunangnya, Erma. - (orang)

3. Walaupun badannya kecil, Hasif mempunyai pemikiran yang lebih matang daripada kakaknya, Zaleha. - (Perbandingan)

1. Baca sekali untuk memahami petikan secara umum.
2. Baca sekali lagi dan gariskan perkataan atau ayat yang mempunyai nilai murni atau pengajaran.
3. Senarai semua nilai murni atau pengajaran untuk dibuat ulasan.
4. Gunakan penanda wacana bagi setiap nilai murni atau pengajaran yang diulas.
5. Pastikan tiada nilai murni atau pengajaran yang diulas berulang-ulang.
6. Setiap nilai murni atau pengajaran perlu disertai dengan huraian yang baik.
7. Pastikan tiada kesilapan tatabahasa apabila membina ayat.
8. Elakkan menggunakan ayat yang terlalu panjang.
9. Jawapan yang bersifat positif.Mulakan ayat seperti berikut:

i.   Kita mestilah….........................................
ii.  Kita sepatutnya…....................................
iii. Kita seharusnya..................................….
iv. Kita dikehendaki….................................
v.  Kita sewajarnya .....................................

CONTOH PENULISAN:

1. Nilai murni yang terdapat dalam petikan di atas, antaranya kita mestilah..............

2. Selain itu, kita sepatutnya......................................................

3. Seterusnya, kita seharusnya .....................................................

4. Kita juga dikehendaki............................................................

5. Akhir sekali kita sewajarnya ....................................................


Setiap Nilai Murni perlu dihuraikan dalam ayat lengkap. Sebagai contoh, perhatikan rumusan berikut:


          Nilai murni yang dapat diambil dari petikan di atas antaranya, kita mestilah mematuhi peraturan walaupun di mana juapun kita berada. Selain itu kita juga sepatutnya melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab. Seterusnya,kita juga seharusnya perihatin dengan keadaan dan masalah yang berlaku di sekeliling kita. Kita juga dikehendaki berterus-terang tentang masalah yang dihadapi agar pihak-pihak berwajib dapat menghulurkan bantuan. Akhir sekali, Kita sewajarnya memberi pertolongan kepada orang yang memerlukan.

(Bilangan perkataan lebih kurang 55-60 patah )

Contoh Keterangan /Ayat Yang Dipadankan Dengan Nilai Murni


CONTOH PENGGUNAAN NILAI MURNI DALAM PENULISAN

Lihat nilai murni yang terdapat dalam ayat di bawah. Kemudian lihat ayat yang dibina daripada nilai murni tersebut .

1. Pada waktu rehat, kami beratur untuk membeli makanan di kantin.
Nilai Murni: mematuhi peraturan.
Ayat: Kita mestilah mematuhi peraturan walaupun di mana-mana.

2. Pengawas sibuk menjalankan tugas masing masing.
Nilai Murni: bertanggungjawab
Ayat: Kita sepatutnya melaksanakan tugas yang diberikan dengan rasa tanggungjawab.

3. Seorang pengawas lelaki yang kebetulan berada di situ mendekati budak itu.“Mengapakah adik menangis? “ tanya pengawas itu.
Nilai Murni: perihatin
Ayat: Kita seharusnya perihatin dengan keadaan dan masalah yang berlaku di sekeliling kita.

4. “ Makanan saya terjatuh ke lantai. Seorang murid telah terlanggar saya. Saya sangat lapardan saya tidak ada duit lagi untuk membeli untuk membeli makanan,“ jawab budak itu sambil menangis.
Nilai Murni: berterus-terang.
Ayat: Kita dikehendaki berterus-terang tentang masalah yang dihadapi agar pihak-pihak berwajib dapat menghulurkan bantuan.

5. “Abang ada duit. Abang akan membelikan makanan dan minuman untuk kamu. Mari ikut abang. “ kata pengawas itu.
Nilai Murni: memberi pertolongan.
Ayat: Kita sewajarnya memberi pertolongan kepada orang yang memerlukan.



Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan jawapan, iaitu A, B dan C atau empat pilihan
jawapan, iaitu A, B, C dan D. Antaranya ada satu sahaja jawapan yang betul.
Pilih ayat yang betul.

1. I    Saya berasal daripada Kajang, Awak pula?
    II   Ayah akan bermesyuarat di Johor Bahru pada minggu depan.
    III Oleh sebab hari hujan, adik tidak dapat bermain di luar.
    IV Setengah kanak-kanak sangat takut untuk mendapatkan rawatan pergigian.
    A  I dan II sahaja                                                  B II dan III sahaja
    C  I, II dan III sahaja                                             D I, II, III dan IV

2. I   Pelbagai juadah disediakan di majlis berbuka itu.
    II  Sebahagian daripada peserta kursus itu berbangsa Cina.
    III Sila serahkan buku ini ke Cikgu Musalmah dengan segera.
    IV Semua guru-guru diwajibkan memakai pakaian batik pada setiap awal bulan.
    A I dan II sahaja                                                   B I, III dan IV sahaja
    C I, II, dan IV sahaja                                            D I, II, III dan IV

3. I   Aduh, luka di kakiku berdarah semula!
    II  Eh, buku-buku ini bukan kepunyaan saya!
    III Cis, awak hendak ke mana tergesa-gesa ini?
    IV Wah, banyak sungguh simpanan awak di dalam bank!
    A I dan II sahaja                                                   B I, II dan III sahaja
    C I, II, dan IV sahaja                                            D I, II, III dan IV

4. I   Buatlah mana-mana yang kamu suka asalkan tidak mengganggu saya.
    II  Ayah mengirimkan sejambak bunga kepada ibu melalui pembantu pejabatnya.
    III Surat yang berkajang-kajang itu ditulis oleh kakak kepada tunangannya di luar
        negara.
    IV Restoran Seri Anjung menyediakan berbagai-bagai juadah untuk dinikmati oleh      
        para pengunjung.
    A I dan III sahaja                                                  B II dan IV sahaja
    C II, III, dan IV sahaja                                          D I, II, III dan IV

5. I   Murali lebih tinggi daripada adik-beradiknya yang lain.
    II  Ibu sangat rindu akan abang yang berada di luar negara.
    III Daripada kamu asyik bermain lebih baik mengulang kaji pelajaran.
    IV Saya dan abang tiba di sekolah lebih awal daripada murid-murid yang lain.
    A I, III dan IV sahaja                                             B I, II dan III sahaja
    C I, II, dan IV sahaja                                             D I, II, III dan IV

 

6. Berapakah harga robot ini? ______nya canggih dan berteknologi tinggi,” Tanya 
    Adam kepada lelaki itu.
    A Buat                                                                    B Buatan
    C Pembuat                                                             D Pembuatan

7. Pelbagai jenis kereta solar telah ______ sempena Karnival Pendidikan Sains dan
    Teknologi Peringkat Kebangsaan 2005.
    A bertanding                                                         B ditandingi
    C menandingi                                                      D dipertandingkan

8. Ada ______ yang mengatakan bahawa Aidil Hakim akan mengetuai perbarisan
    sempena sambutan Hari Kemerdekaan nanti.
    A ura-ura                                                               B usul-usul
    C desas-desus

9. Pakaian pengemis yang diberkas oleh pegawai Majlis Perbandaran Jitra itu_______ .
    A corat-coret                                                          B kusut-masai
    C compang-camping

10. Sambutan Malam Kemerdekaan yang diadakan di sekolah saya berlangsung
      dalam suasana ______ .
      A huru-hara                                                        B hingar-bingar
      C gilang-gemilang                                             D terang-benderang

11. Peserta perbarisan yang pengsan itu ______ dengan tandu.
      A dipapah                                                            B diusung
      C dikendong

12. Amirul ______ ke hadapan apabila namanya disebut oleh pengacara majlis.
      A muncul                                                             B terpa
      C terbit                                                                 D tampil

13. Majlis diteruskan dengan ______ Encik Sofian naik ke pentas untuk menyampaikan
      ucapan,” kata pengacara majlis.
      A mengajak                                                         B menampilkan
      C mengundang                                                  D mempersilakan

14. Penunggang motosikal yang ______ di bawah kereta itu telah disahkan meninggal
      dunia.
      A terkepit                                                             B tersungkur
      C terselit                                                              D terperosok

15. Sikap tolong-menolong yang ______ oleh penduduk kampung mendapat pujian
      daripada wakil rakyat.
      A pertunjukan                                                     B penunjukan
      C ditunjukkan                                                     D menunjukkan

16. Proses ______ produk berasaskan bahan mentah itu mengambil masa selama
      A keluaran                                                          B pengeluaran
      C mengeluari                                                      D dikeluarkan

17. Walaupun hidup Pak Itam dan Mak Kiah ibarat ______ , namun, mereka tidak 
      pernah mengharapkan bantuan orang lain.
      A jauh bau bunga, dekat bau tahi
      B enggang sama enggang, pipit sama pipit
      C kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
      D berat mata memandang, berat lagi bahu memikul

18. Janganlah kamu bimbang sekiranya kamu tidak bersalah, bak kata pepatah______ ,”    pujuk Rima  
       kepada Raimi.
      A kalah jadi arang, menang jadi abu
      B biar putih tulang, jangan putih mata
      C berani kerana benar, takut kerana salah

19. Hati-hati apabila berkata-kata supaya tidak menyusahkan diri sendiri, bak kata  
      pepatah ______ ,” kata ibu.
      A di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
      B di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
      C ingat sebelum kena, berjimat sebelum habis
      D kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa

20. Ayah selalu menasihati abang supaya tidak bergaul dengan budak-budak nakal
      di kampung ini. Malangnya, abang menerima teguran itu sekadar ______.
      A masuk telinga kanan, keluar telinga kiri
      B diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat
      C buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali
      D banyak udang banyak garam,banyak orang banyak ragam

21. Ibu ______ dulang minuman ke ruang tamu lalu mempersilakan tetamunya minum.
      A menatang                                                        B menjinjing
      C memegang

22. Kami dapat menyaksikan demonstrasi ______ tikar mengkuang semasa melawat
      ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur.
      A menekat                                             B menenun
      C menganyam                                        D menyusun

23. Pilih ayat yang betul.
      I.   Hai! Apa khabar!
      II.  Wah, pergi engkau dari sini!
      III. Syabas, kamu berjaya akhirnya!
      IV. Amboi, cantiknya pakaian kamu ini!
      A I dan II sahaja                                                 B III dan IV sahaja
      C I, III dan IV sahaja                                          D I, II, III dan IV

24. Pilih ayat yang betul.
      I.   Aduh, senaknya perutku ini!
      II.  Eh, mengapa kamu tidak masuk!
      III. Aduhai, malang sungguh nasib Pak Kaduk!
      IV. Wah, pandainya sahabat kamu berbahasa Tamil!
      A I dan II sahaja                                                 B III dan IV sahaja
      C I, III dan IV sahaja                                          D I, II, III dan IV


25. Walaupun Pak Harun penat menguruskan kolam ternakan ikannya, dia tidak
      ______ mengeluh.
     A harus                                                                 B mahu
     C pernah                                                              D hendak

26. Usahanya yang tidak mengenal erti jemu selama ini ______ membuahkan hasil
      yang lumayan.
     A telah                                                                  B dapat
     C pernah                                                              D hendak

27. Pekerja-pekerja di ladang ternakan rusa itu ______ bekerja walaupun hari telah
      beransur senja.
     A telah                                                                  B belum
     C sudah                                                                D masih

28. Saya bercita-cita ______ melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains Pertanian
      di Universiti Putra Malaysia.
     A telah                                                                  B pernah
     C hendak                                                              D sedang

29. Bardin cuba ______ untuk keluar dari hutan setelah tersesat.
      A mati kutu                                                          B mati akal
      C cari jalan                                                          D jalan tengah

30. Ayah selalu menasihati kami agar tidak ______ apabila telah berjaya kelak.
      A lupa diri                                                            B patah hati
      C busuk hati                                                         D patah kandar

31. Kita janganlah mengikut ______ supaya tidak menyesal pada kemudian hari.
      A darah raja                                                        B darah muda
      C darah manis

32. Tuan Haji Zainal itu seorang hartawan yang ______. Beliau selalu menghulurkan
       bantuan.
      A keras hati                                                         B berat hati
      C panas hati                                                         D murah hati


33. Puan Roslin ______ kerana selalu membantu orang lain. Suaminya pula lebih
      dikenali sebagai ______ kerana sikap kedekutnya.
     A isi hati … isi perut                                           B baik hati … tangkai jering
     C hati batu … batu loncatan                               D ringan tangan … tangkai jering

34. Biasanya, orang yang ______ akan disenangi oleh sesiapa pun, manakala orang
      yang ______ akan dibenci.
     A iri hati … senang hati                                     B baik hati … hidung tinggi
     C berat tulang ... ringan tulang                           D mulut murai … kera sumbang

35. Walaupun hidup ______ , Mak Cik Eton tidak pernah menyusahkan sesiapa.
     A makan suap                                                     B sebatang kara
     C sehelai sepinggang                                            D setahun jagung

36. Hamid dan Lim rakan karib. Mereka ______ kerana tidak pernah berenggang.
     A bagai kertas dengan dakwat                         B bagai tikus membaiki labu
     C bagai isi dengan kuku

37. Apabila kita membeli sesuatu barangan, pastikan terdapat tanda harga dan______
     barangan yang dibeli daripada pihak penjual.
    A dijamin                                                               B terjamin
    C jaminan                                                              D penjamin

38. Kita perlu berbelanja secara ______ dan tidak mengikut perasaan.
     A berada                                                               B berkurangan
     C berpandangan                                                D berjimat cermat

39. Kita hendaklah merancang setiap pembelian terlebih dahulu supaya tidak
      berlakunya ______.
     A pembazir                                                           B dibazirkan
     C pembaziran                                                      D membazirkan

40. Peniaga ______ mempromosi barangan mereka untuk menarik perhatian  
      pengguna.
     A bersaing                                                            B bertanding
     C berkeinginan                                                    D berharapan

41. Sebagai pengguna yang bijak, kita mestilah berjimat cermat semasa berbelanja.
      ______ yang melebihi pendapatan akan memudaratkan pengguna.
     A Belanjaan                                                         B Belanjawan
     C Perbelanjaan

42. Saya ingin sentiasa sihat dan cergas . ___ __ __ , saya perlu bersenam dan
      mengamalkan pemakanan seimbang.
     A Oleh sebab itu                                                 B Di samping itu
     C Namun begitu                                                  D Semenjak itu
43. Penyakit demam denggi telah menjadi wabak utama di negara kita. _______ , orang
      ramai masih kurang kesedaran tentang bahaya penyakit ini.
     A Tambahan pula                                               B Lebih-lebih lagi
     C Namun demikian                                            D Dalam pada itu

44. Pencapaian sukan di Malaysia semakin meningkat. _______ , pihak kerajaan  
      sangat menitikberatkan kebajikan para atletnya.
     A Semenjak itu                                                  B Tambahan pula
     C Bagaimanapun                                               D Sungguhpun demikian

45. Amalan bersukan akan menjadikan badan kita sihat. _______ , bersukan juga dapat
      mengisi masa lapang dan mengelakkan kita daripada melakukan perkara yang tidak
      berfaedah.
     A Selain itu                                                          B Bagaimanapun
     C Lantaran itu

46. Kerja untuk membaik pulih kompleks sukan itu sedang dijalankan. _______ , kos
       pembiayaannya yang besar telah merumitkan keadaan.
     A Dengan itu                                                       B Selanjutnya
     C Tambahan lagi                                                D Walau bagaimanapun

47. Gejala sosial semakin berleluasa di negara kita. _______ , didikan agama kepada
      anak-anak mestilah diterapkan sejak kecil.
     A Oleh itu                                                             B Sebaliknya
     C Tambahan pula                                                  D Walaupun demikian


 
48. Saya tidak pernah menjejakkan kaki ke Pusat Dagangan Dunia Putra. _______ ,
      saya akan ke sana sempena Pameran Buku Antarabangsa.
    A Akhirnya
    B Justeru
    C Walaupun begitu

49. ______ kaum menyertai gotong-royong yang dianjurkan oleh Persatuan Penduduk
      Desa Harmoni.
    A Segala                                                                B Pelbagai
    C Seluruh

50  Sikap  prihatin _ __ __ _ masyarakat telah berjaya menumakan kegiatan
       pembuangan sisa toksik di kampung tersebut.
    A segala                                                                B separuh
    C segelintir                                                            D masing-masing

51. ______ kamu buang tin-tin minuman itu di merata-rata tempat, lebih baik kamu
      bawa ke pusat kitar semula kampung kita ini,” nasihat Mak Lijah kepada anaknya.
      A Dari                                                                   B Pada
      C Daripada
52. Kempen kesedaran ______ kebersihan dan pencemaran alam sedang giat  
      dijalankan di seluruh negara.
     A akan                                                                  B terhadap
     C tentang

53. Sejak ______ pagi tadi ______ sekarang, mereka membersihkan kawasan  
      balairaya itu.
    A pada … ke                                                         B dari … pada
    C ke … sehingga                                                 D dari … hingga

54. ______ penduduk kampung diminta membawa peralatan gotong-royong ______.
    A Setiap … seluruh                                             B Seluruh … sekalian
    C Semua … masing-masing                              D Beberapa … masing-masing

55. Ceramah itu telah disampaikan ______ seorang doktor ______ Hospital Selayang.
    A oleh … dari                                                        B kepada … di
    C oleh … daripada                                              D dari … daripada

56. ______ pandangan pegawai daerah, ceramah itu sangat sesuai ______ penduduk
     kampung.
    A Pada … dengan                                               B Bagi … terhadap
    C Pada … untuk                                                   D Untuk … kepada
57. ______ tunjukkan saya jalan yang paling dekat untuk ke Masjid Negara,” pinta
     pelancong itu kepada Amir.
    A Sila                                                                     B Mari
    C Jangan                                                               D Tolong

58. ______ letak kotak itu di atas meja. Letakkannya di lantai,” kata ayah kepada  
     Shamsul.
      A Sila                                                                   B Jangan
     C Tolong

59. ______ kumpulkan buku terpakai yang telah kamu bawa di sini,” pinta Cikgu Aziz
      kepada murid-muridnya.
      A Sila                                                                   B Minta
      C Harap                                                               D Jemput

60. Kami akan mengadakan Majlis Jamuan Perpaduan di balai raya. ______lah  
      beramai-ramai ke majlis ini,” kata Azizah kepada kawan-kawannya.
      A Sila                                                                   B Harap
      C Tolong

61. Kami menunjukkan arah yang betul ______ pelancong asing tersebut.
      A pada                                                                 B kepada
      C daripada

62. Haikal menyampaikan pesanan ______ ayahnya ______ Jawatankuasa Persatuan
      Penduduk Desa Harmoni.
     A dari … pada                                                     B oleh … dengan
     C dari … kepada                                                 D daripada … kepada

63. Ayah membeli sebuah beg bimbit yang diperbuat ______ kulit.
    A daripada                                                 B dengan
    C pada

64. Kelas 5 Mawar memenangi Pertandingan Kelas Ceria kerana murid-muridnya
      ______ menghias dan membersihkan kelas mereka.
    A rajin                                                                     B cekap
    C cepat

65. Cikgu berharap agar kamu menjalankan tugas dengan penuh  
      bertanggungjawab.Pastikan kelas kita sentiasa ______ ,” kata Cikgu Zalina kepada
      kami.
    A suci                                                                     B bersih
    C indah

66. Persekitaran sekolah yang indah dapat memberikan keselesaan dan ketenangan
      ______ belajar.
    A biarpun                                                              B sementara
    C semasa

67. Kawasan yang indah dan bersih di sekolah tidak akan wujud __ __ __ kita
      bersama-sama menjaganya.
    A bahkan                                                              B padahal
    C sedangkan                                                         D melainkan

68. _____ yang mendapat markah tertinggi dalam peperiksaan itu,” kata Amir kepada
      kawan-kawannya sambil menunjuk ke arah Saiful.
    A Dia                                                                      B Anda
    C Kami                                                                   D Mereka

69. Bapa Fah mi, Encik Harun ialah pensyarah di Univers iti Putra Ma laysia. ______
      seorang yang berdedikasi dan sangat dihormati oleh pelajarnya.
    A Dia                                                                      B Kita
    C Beliau                                                                 D Mereka

70. Nenek berharap agar ______ sentiasa menghormati orang yang lebih tua,” pesan
      Puan Mariam kepada cucu-cucunya.
    A kita                                                                        B anda
    C kamu


71. Abang melayari internet untuk mencari maklumat bagi meny iapka n kerja
      yang diberikan oleh guru ______.
    A dia                                                                        B nya
    C beliau                                                                   D mereka

72. Fahmi akan menyertai Kem Motivasi Jati Diri. Awal -awal lagi _ __ ___ telah
      menyediakan peralatan untuk dibawa bersama-sama.
    A dia                                                                         B saya
    C kita                                                                        D kami

73. Ampun tuanku, _ _____ datang mengadap,” kata Hang Tuah kepada Sultan
      Melaka.
    A hamba                                                                  B patik
    C beta

74. Semasa menyanyikan lagu kebangsaan, ______ hendaklah berdiri tegak,” kata
      ketua pengawas kepada murid-murid.
    A kami                                                                      B mereka
    C kita