twitter
rss

Soalan 1 hingga Soalan 5

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya

Gopal  : Eh, awak ingat lagi tak tentang berita manusia ditelan ular sawa tempoh hari!
Samat : Mestilah Sampai sekarang saya masih terbayang-bayang gambar yang tersiar
              dalam akhbar tu. Eee............ngerinya!
Chan   : Tapi yang peliknya, lepas kejadian tu tak putus-putus keluar cerita tentang ular 
               sawa dalam akhbar. Ular sawa telan ayamlah, telan kambinglah, dan macam -
               macam lagi
Samat : Apa yang peliknya, Chan Memanglah berita sensasi macam tu disukai oleh orang   
               ramai Jadi wartawan pun jalankanlah tugas mereka untuk mencari cerita -cerita    
               sedemikian!
Gopal : Agaknya tak lama lagi ada pula berita tentang ular sawa telan gajah. Haa. masa tu 
              barulah heboh satu dunia! Adakah awak tahu ular sawa merupakan sejenis haiwan 
              yang dilindungi?
Samat : Tahu. baru semalam Cikgu Lina beritahu
Gopal  : Yalah, selama ni saya tak tahu pun yang kita boleh didakwa jika mencedera atau 
               membunuh ular.
Chan    : Hukumannya berat juga Kita boleh kena denda hingga RM3 000 atau penjara!
Samat : Dan boleh juga dikenakan kedua-duanya sekali!
Gopal  : Kalau macam tu, bila jumpa ular sawa cepat -cepatlah lari Jangan cuba-cuba nak   
              pukul atau bunuh!
Chan   : Kenapa? Kamu takut ke?
Samat : Awak ni tak faham ke, Chan? Nanti terlepas masuk mulut ular sawa, awak kena    
               masuk penjara pula!

1. Apakah maksud kata-kata Samat, 'Eee....ngerinya' dalam petikan di atas?
  •  Bayang-bayang ular sawa menelan manusia
  • Dia terbayang kenangan ular sawa menelan manusia
  • Gambar ular sawa menelan manusia yang tersiar dalam akhbar
  • Kejadian ular sawa menelan manusia yang dilihat oleh Gopal.
2. Perkataan 'sensasi' dalam petikan di atas sesuai digantikan dengan perkataan
  • menakutkan
  • menggemparkan
  • menghairankan
  • menyeronokkan
3. Semua berita berikut telah tersiar dalam akhbar kecuali
  • ular sawa menelan gajah
  • ular sawa menelan kambing
  • ular sawa menelan ayam
  • ular sawa menelan manusia
4.  Apakah hukuman yang paling berat boleh dikenakan terhadap orang yang bersalah kerana
     mencedera atau membunuh ular sawa?
  • Denda sehingga RM3 000
  • Dikenakan hukuman penjara.
  • Dihukum penjara dan denda RM3 000 
  • Denda RM3 000 atau dihukum penjara
5. Ular sawa tidak boleh dipukul atau dibunuh kerana
  • hukumannya sangat berat.
  • ia merupakan sejenis binatang yang dilindungi.
  • kita hanya boleh lari apabila terjumpa ular sawa.
  • kita boleh dihukum penjara.

Soalan 6 hingga Soalan 10
Baca surat di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Mukim Bemban,
70300 Seremban. Telefon : 06-4246522
___________________________________________________ ______________________
Semua Ibu Bapa/Penjaga Pelajar,                   Ruj. Kami: SKMB/96/07 Tarikh : 13 Jun 1996
Sekolah Kebangsaan Mukim Bemban,
70300 SEREMBAN.

Tuan/Puan,

Pengambilan Buku Laporan Kemajuan Pelajar

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak tuan/puan dijemput hadir ke sekolah bagi me ngambil
buku laporan kemajuan anak tuan/puan.

2. Untuk makluman tuan/puan, bermula tahun ini pihak sekolah tidak lagi menyerahkan buku
laporan tersebut kepada para pelajar untuk ditandatangani oleh penjaga mereka di rumah.

3. Pihak sekolah berpendapat adalah lebih baik para ibu bapa datang ke sekolah untuk
menandatangani buku laporan tersebut. Dengan itu ibu bapa dapat berjumpa dengan guru
kelas anak mereka dan seterusnya dapat berbincang tentang perkembangan pelaiaran
anak-anak.

4. Tuan/puan diminta hadir bersama anak tuan/puan yang lengkap berpakaian seragam
sekolah pada tarikh dan masa yang dinyatakan seperti di bawah

Tarikh : 22 hb. Jun 1996
Hari : Sabtu
Masa : Tahun 1, 2, dan 3 Tahun 4, 5, dan 6
8.00 pagi - 11.00 pagi 9.00 pagi - 11.45 pagi
2.00 petang - 4.00 petang 3.00 petang - 4.45 petang
5. Kehadiran dan kerjasama tuan/puan sangat kami harapkan demi meningkatkan lagi
prestasi pelajaran pelajarpelajar sekolah ini.

Sekian, terima kasih.

'BERKHIDMAT UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA'
Saya yang menurut perintah,
____________________________
(MOHD FIKRI BIN KHAIRUDIN)
Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Mukim Bemban.


6.  Surat di atas ditujukan kepada
  • gurubesar
  • pelajar-pelajar
  • ibu bapa/penjaga
  • tuan/puan
7. Tujuan utama surat itu adalah untuk
  • menjemput ibu bapa datang ke sekolah
  • berjumpa dengan guru kelas anak- anak mereka.
  • memberitahu ibu bapa tentang kemajuan pelajaran anak -anak mereka.
  • menjemput ibu bapa berbincang tentang kemajuan pelajaran anak -anak mereka.
       "memberikan tarikh dan masa ibu bapa boleh hadir ke sekolah bagi mengambil buku
          laporan kemajuan anak-anak mereka."

8. Semua pernyataan berikut adalah benar, kecuali
  • ibu bapa diminta datang sendiri untuk mengambil buku laporan kemajuan pelajar.
  • pelajar boleh membawa pulang buku laporan kemajuan mereka untuk ditandatangani oleh ibu bapa atau penjaga di rumah.
  • pelajar mesti memakai pakaian seragam sekolah apabila hadir ke sekolah bersama ibu bapa mereka.
  • pihak sekolah berhasrat untuk mempertingkatkan prestasi pelajaran murid -muridnya.
9. Anak Puan Seliah belajar dalam Tahun 6. Oleh itu beliau boleh datang pada masa berikut, kecuali
  • 8.45 pagi
  • 9.30 pagi
  • 3.45 petang
  • 4.15 petang
10. Sarah murid Tahun 4, manakala adiknya Nadia belajar dalam Tahun 1 . Masa yang paling
       sesuai bagi ibu bapa mereka hadir ke sekolah ialah
  • 8.30 pagi
  • 11.15 pagi
  • 3.30 petang
  •  4.15 petang

Soalan 11 hingga Soalan 15
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Haikal, John dan Leong bersahabat baik semenjak kecil lagi. Mereka hidup sekampung dan bersekolah di sekolah yang sama. Ketiga-tiganya murid Tahun Enam. Mereka sentiasa berlumba-lumba dalam pelajaran. Masing-masing ingin menduduki tempat teratas dalam kelas. Dalam Peperiksaan Percubaan UPSR tempoh hari, ketiga-tiganya mendapat 4A. Di dalam kelas mereka, John muncul pelajar terbaik bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, manakala Leong mendapat markah tertinggi bagi Bahasa Inggeris. Haikal pula mendapat 100 peratus dalam Matematik. Guru kelas mereka sungguh bangga dengan pencapaian ketiga -tiga muridnya yang juga menjadi anak emas sekolah mereka itu. Walaupun mereka saling berlumba dalam pelajaran, mereka tidak bermusuhan antara satu sama lain. Malah, mereka saling membantu dalam menghadapi apa juga keadaan. Mereka belajar bersama-sama, bermain bersama-sama dan jika timbul masalah, mereka akan cuba
menyelesaikannya secara muafakat. Di kampung, mereka terkenal sebagai budak-budak yang ringan tulang. Orang kampung juga sangat suka kepada mereka kerana mereka juga ringan mulut. Mereka rajin menolong
ibu bapa dan juga sentiasa bersedia membantu orang kampung. Apabila berselisih dengan orang lain, mereka tidak pernah masam muka, sebaliknya menegur orang itu dengan ramah.

11.  Perkataan 'berlumba-lumba' dalam petikan di atas bermaksud
  • berlawan
  • bersaing
  • beriringan
  • berkejar-kejaran
12.  Antara berikut, manakah pernyataan yang salah?
  • Haikal mendapat markah penuh dalam Matematik.
  • John mendapat markah tertinggi dalam Bahasa Melayu.
  • Leong mendapat markah penuh dalam Bahasa Inggeris
  • Haikal, John dan Leong mendapat 4A dalam peperiksaan percubaan UPSR sekolah mereka.
13. Semua perkara di bawah dilakukan oleh tiga sahabat itu bersama -sama, kecuali
  • bermain
  • belajar
  • menolong ibu bapa
  • menyelesaikan masalah
14. Semua simpulan bahasa yang terdapat dalam petikan di atas membawa maksud yang baik, kecuali
  • anak emas
  • ringan tulang
  • ringan mulut
  • masam muka
15. Apakah tajuk yang paling sesuai bagi petikan tersebut?
  • Bakal Pelajar Terbaik UPSR 
  • Sikap Yang Harus Diteladani 
  • ringan mulut
  • Pelajar Pintar Sentiasa Berlumba-lumba

Soalan 16 hingga Soalan 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Matahari terlindung cuaca redup,
Budak bermain senangnya hati;
Ilmu itu pelita hidup,
Harus dicari hingga ke mati.

Gembira sungguh di hari raya,
Tetamu datang tiada henti;
Kaya ada bermacam kaya,
Ilmu di dada paling bererti.

Pak Lebai memakai kopiah,
Sambil tersenyum melayan tetamu;
Mencari ilmu bukannya payah,
Asalkan rajin tak kenal jemu.

Hati gembira apabila bertemu,
Setelah lama asyik berjauhan;
Membaca itu jambatan ilmu,
Rajin bertanya luas pengetahuan.

16.  Apakah maksud baris 'Ilmu itu pelita hidup'?
  • Ilmu dapat mencerahkan kehidupan manusia.
  • Pelita diperlukan semasa mencari ilmu.
  • Ilmu akan dibawa hingga ke mati.
  • Ilmu itu dapat menghidupkan pelita.
17. Perkataan 'payah' dalam rangkap ketiga sama ertinya dengan
  • rahsia
  • seksa
  • sukar
  • mudah
18. Menurut puisi di atas, sikap suka bertanya boleh
  • menjadikan seseorang itu kaya dengan ilmu.
  • membantu seseorang semasa membaca untuk mencari ilmu.
  • menambah pengetahuan orang yang bertanya itu.
  • menjadi jambatan ilmu kepada orang yang rajin membaca.
19. Semua pernyataan berikut adalah benar, kecuali
  • kita jangan berasa bosan dalam mencari ilmu.
  • kekayaan yang paling bermakna ialah kaya ilmu'.
  • membaca merupakan salah satu cara mendapatkan ilmu.
  • Ilmu baik dan ilmu jahat boleh diamalkan dan dijauhi.
20. Tajuk yang paling sesuai bagi puisi di atas ialah
  • Mari Berpuisi
  • Faedah Ilmu
  • Pantun Ilmu
  • llmu Dalam Pantun

1 comments:

  1. Nak jawab soalan

Post a Comment