twitter
rss

PENGENALAN

  • Dalam Bahagian A, murid akan diberi gambar tunggal atau gambar bersiri.
  • Gambar tersebut mengandungi pelbagai situasi.
  • Murid akan diminta membina lima ayat yang lengkap.
ISI
  • Sesuatu ayat itu akan dianggap isi sekiranya maklumat yang dinyatakan terdapat dalam gambar
  • Hal ini bermakna, murid tidak boleh mereka-reka pernyataan yang tidak terdapat dalam gambar.
BAHASA
  • Ayat yang ditulis perlulah mengikuti aspek tatabahasa yang betul.
  • Jangan menggunakan bahasa yang berbelit-belit.
PANDUAN MENJAWAB
  • Perhatikan dengan teliti gambar yang diberikan.
  • Kemudian, catatkan maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut.
  • Seterusnya, maklumat yang diperolehi dikembangkan menjadi ayat yang sempurna.
  • Jika terdapat banyak maklumat, pilih maklumat yang penting sahaja.
  • Jangan memberikan pandangan peribadi terhadap situasi yang dipaparkan, sebaliknya nyatakan sahaja situasi yang terdapat dalam gambar tersebut.

0 comments:

Post a Comment